nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

PELAJAR MALAYSIA DIROGOL DI MESIR? SEGERA SIASAT, KELUARGA BIMBANG!


ADA dakwaan mengatakan seorang pelajar Malaysia di Mesir dirogol di sebalik suasana tegang akibat rusuhan yang masuk hari ke lapan di negara bergolak itu.

Dakwaan ini jika benar tidak boleh dipandang sepi terutama oleh pihak kedutaan negara ini di Mesir, apatah lagi dalam keadaan perhubungan di antara pelajar di sana dengan keluarga di negara ini semakin celaru akibat sistem komunikasi yang dipercayai digendalakan oleh rejim Hosni Mubarak.

Beberapa blog melaporkan dakwaan kes rogol melibatkan pelajar Malaysia ini, termasuk juga dikatakan daripada pelajar yang telah kembali ke negara ini.

Dalam keadaan yang tidak menentu di Mesir, kita tidak boleh memandang ringan soal keselamatan pelajar apatah lagi kalau ia melibatkan jenayah seksual.

Kita juga tidak mahu keluarga pelajar di negara ini bertambah risau apatah lagi ada laporan media melaporkan beberapa pelajar turut berdepan insiden diacukan pistol ketika keluar membeli barangan akibat kekurangan bekalan makanan.

Tindakan segera membantu, terutama kerana pelajar di sana kebingungan kerana kad prabayar untuk digunakan menghubungi waris tidak boleh diperolehi di negara itu, gara-gara suasana tegang di seluruh Mesir.
 

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10