nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

AHLI PERNIAGAAN KENA KENCING DENGAN DUA BUDAK PEREMPUAN


SEORANG ahli perniagaan berusia 53 tahun amat gembira kerana berjaya membawa pulang dua gadis muda masuk ke bilik hotel bajet awal pagi tadi.

Mungkin niat hatinya mahu menjamah sayur rebung sekenyang-kenyangnya sambil mengunyah ulam muda ketika masuk ke bilik hotel itu jam 3.30 pagi.

Bagaimanapun, belum sempat seleranya dipenuhi di bilik hotel yang terletak di Jalan Central, Kuching ahli perniagaan dari Matang itu terlebih dulu dikencing budak perempuan muda itu.

Kejadian bermula apabila dia menyatakan hasrat untuk mandi terlebih dulu, membiarkan dua budak perempuan itu menunggu. Namun tanpa disedari, ketika ahli perniagaan itu sibuk membasuh diri, dua budak perempuan yang mahu diratahnya itu bertindak melarikan wang RM550 dalam dompetnya.

Sebaik sahaja dia keluar dari bilik mandi, kedua-dua ulam mudanya itu telah hilang dan lebih malang duitnya juga turut dikebas lari.

Kedua-dua budak perempuan itu, seorang berkulit gelap dan seorang lagi berkulit putih rupanya lebih cerdik daripada seorang lelaki tua yang kemaruk!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10