Seorang penunjuk perasaan terus mencium seorang tentera yang berkawal di Dataran Tahrir sejurus Hosni mengumumkan turun dari tampuk pemerintahan |
Kerajaan Switzerland mengumumkan pembekuan itu dibuat bagi tempoh tiga tahun bagi menghalang Hosni atau ahli keluarganya mengeluarkan wang simpanan yang dikatakan mencecah ratusan bilion ringgit.
Langkah diambil Bank Swiss itu disambut gembira oleh rakyat Mesir kerana mereka mendakwa jumlah berbilion ringgit yang disimpan oleh Hosni, isterinya Suzanne dan anaknya Gamal dalam bank berkenaan dipercayai diperolehi secara kurang sihat.
Mereka juga percaya, wang berkenaan adalah milik rakyat yang diperolehi Hosni selepas 31 tahun memerintah Mesir secara kuku besi.
Kini Mubarak dilaporkan masih berada di Sharm El Sheikh, menginap di kediaman mewahnya yang berdekatan laut Merah sebelum mengambil langkah seterusnya untuk meninggalkan Mesir selepas mengumumkan menyerahkan kuasa kepada tentera semalam.