nuffnang ads

Saturday, February 12, 2011

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI DIRAGUT RM8,000 DI AMPANG PARK!


PELAKON veteran Norlia Ghani menjadi mangsa terbaru samun wang apabila wang sebanyak RM8,000 yang baru dikeluarkannya dari kaunter bank sebuah pusat belai belah di Ampang petang semalam, diragut dua lelaki.

Kejadian berlaku jam 5 petang ketika dia berada di tempat menunggu teksi di depan kompleks beli belah itu. Ketika itu katanya tiada orang di tempat menunggu teksi berkenaan.

Dua peragut yang menaiki sebuah motosikal terus meragut beg tangan miliknya yang mengandungi wang yang baru dikeluarkannya.

Norlia menceritakan kejadian itu kepada MStar ketika dihubungi malam semalam. Wang berkenaan katanya untuk kegunaan membayar sewa rumah.

Rabu lalu, model dan pelakon Nasha Aziz, turut disamun apabila dua lelaki melarikan beg tangannya ketika dia yang memandu kenderaan berhenti di lampu isyarat di Ampang Hilir.

Nasha kerugian RM40,000 dalam kejadian itu. Kedua-dua kes dipercayai ada kaitan dengan modus operandi serupa, iaitu mengekori pelanggan yang baru mengeluarkan wang di bank berdekatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10