Zurin dengan ketinggian 60 sm mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan, Pahang. pix:mohdrafimamat/nst |
Walaupun tidak dapat menggunakan kerusi biasa kerana terlalu besar, Zurin dibekalkan kerusi bermotor bagi memudahkannya duduk di dalam kelas. Kerusi yang sama sebelum ini digunakan oleh abangnya, Zuklhanif yang memiliki ketinggian 70 sm.
Ibu pelajar itu, Zurinah Tabingin, 34, berkata semua anaknya mempunyai ketinggian yang istimewa kecuali anak sulungnya yang tinggi seperti kanak-kanak yang normal.
Ayuh Zurin, itu bukan batas dan sempadan untuk kita ketinggalan. Allah berikan semua ini dengan hikmah yang amat besar.