nuffnang ads

Tuesday, January 4, 2011

APA KAITAN 5,000 BURUNG HITAM MATI DARI LANGIT DENGAN KEMATIAN 100,000 IKAN DI SUNGAI ARKANSAS?

100,000 ikan juga ditemui mati di Sungai Arkansas sehari sebelum 5,000 burung hitam ditemui mati

TIADA pihak yang boleh menjawab kecelaruan berhubung kematian 5,000 ekor burung hitam dan 100,000 ikan di Arkansas selang sehari, sempena menyambut tahun 2011 ini.

Setakat ini beberapa ujian dilakukan ke atas sampel bangkai burung hitam yang turun dari langit itu tidak menunjukkan ia keracunan. Walaupun ada teori lain seperti kejutan bunga api, terkena kilat dan perubahan cuaca mendadak, semua hipotesis itu tidak disokong oleh ujian makmal yang saintifik sifatnya.

Hanya burung jenis ini sahaja gugur dari langit dan mati
Keadaan ini juga mengelirukan beberapa pakar perikanan berikutan lebih 100,000 ditemui mati di Sungai Arkansas sehari sebelum 5,000 burung hitam ditemui berguguran mati dari langit.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Ikan dan Taman Arkansas, Keith Stephen, longgokan ikan mati itu ditemui seorang penduduk di sepanjang 32 kilomter di tebing Sungai Arkansas dan hanya 125 kilometer dari lokasi burung hitam ditemui gugur pada 1 Januari lalu.

Sekurang-kurangnya umat Islam percaya, Allah sedang menguji manusia apabila menjadikan insiden burung mati dan ikan mati dalam jumlah yang banyak ini. Ada hikmah barangkali di sebalik kejadian itu yang menuntut manusia belajar sesuatu, terutama mereka yang memerintah sesebuah negara.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10