DIPETIK tulisan ini daripada blog Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya. Mari kita baca dan kita cari apa sebenar dan sepatutnya yang beliau atau dikenali Tiger ini mahu sampaikan. Kalau sajak katakan sajak, kalau seloka katakan seloka, kalau lawak katakan lawak, kalau tak tahu kita biarkan saja!
DENGAR TITAH RAJA
Melayu.
Jangan derhaka.
Nanti dapat malapetaka.
Ini negeri raja punya.
Kita semua hanya menumpang.
Derhaka nanti kena pelempang.
Mereka tuan tanah.
Yang menentukan arah.
Ikutlah titah raja.
Supayakita hidup beraja
Bukan beraja di hati
Menyusahkan rakyat.
Ingat.
Komen saya, tentang KITA SEMUA HANYA MENUMPANG, memang betul kerana tanah dan bumi ini milik Allah. Cuma jangan kita membayangkan raja dan sultan kita tidak mempunyai adab sehingga kerana derhaka mereka akan melempang. Harap-harap perkataan MELEMPANG ini tidak digunakan dalam tafsir dan intonasi yang silap kerana kita mungkin boleh dianggap menghina raja!
Raja dan sultan kita masih ada adab dan budi dan adakah PELEMPANG akan diberikan kepada rakyatnya? Memang kita jangan menderhaka kepada raja. IKUTLAH TITAH RAJA memang wajar kita ikut jika titah itu tidak bertentangan dengan agama. Titahnya yang baik dan mulia sebagai ketua rakyat mesti dipatuhi. SUPAYA KITA HIDUP BERAJA, memang benar raja memayungi kita.
Apa pun terpulang kepada pembaca. Secara terang, saya amat dukacita membaca catatan yang ditulis oleh Datuk Ibrahim @ Tiger. Maafkan saya kawan, saya kena menegur!