nuffnang ads

Thursday, January 27, 2011

YAMAN PULA BERGELORA: PULUHAN RIBU RAKYAT BANGKIT DESAK PRESIDEN BERUNDUR

Penggerak kebangkitan rakyat menentang presiden Yaman, Twakkol Karman bersama tiga anaknya sebaik sahaja dibebaskan dari penjara semalam. Karman ditahan pihak berkuasa Ahad lalu dan disumbat ke penjara Pusat atas dakwaan mengetuai penunjuk perasaan. Hari ini Karman memberitahu media, dia akan terus berjuang menggerakkan kebangkitan rakyat bagi memaksa presiden Ali Abdullah Salleh berundur.

PULUHAN ribu rakyat Yaman menunjuk perasaan mendesak presiden negara itu, Ali Abdullah Salleh segera berundur dan menyerahkan tampuk pentadbiran negara untuk ditentukan oleh rakyat.

Jalan raya di dua bandar utama negara itu, Aden dan Taiz dipenuhi dengan ribuan penunjuk perasaan sambil golongan wanita membawa gambar Twakkol Karman, ibu muda yang ditahan pihak berkuasa kerana menjadi inspirasi kepada pergerakan menentang kerajaan.

Karman, ibu beranak tiga ditahan Ahad lalu ketika sedang memandu kenderaan bersama suaminya dan terus disumbat ke dalam penjara Pusat Yaman. Bagaimanapun, semalam Karman telah dibebaskan dan memberitahu media antarabangsa bahawa dia akan terus menggerakkan usaha menjatuhkan presiden Ali.

Sementara itu jurucakap penunjuk perasaan, Abdul Aziz Al-Rumana memberitahu media negara itu bahawa inilah masa paling sesuai buat presiden meletakkan jawatan.

Kata Abdul Aziz, tempoh pemerintahan itu telah berakhir dan presiden akan menerima nasib serupa presiden Tunisia jika enggan berundur.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10