nuffnang ads

Saturday, January 22, 2011

WANITA CUBA LEPAS GERAM KEPADA TAIB MAHMUD, DITAHAN PAGI TADI


SEORANG wanita dalam lingkungan usia 40-an mengejutkan beberapa anggota cawangan khas apabila meluru pergi ke tempat duduk kenamaan di pentas Padang Majlis Bandaraya Miri, pagi tadi untuk bertemu Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Wanita berbaju biru, membawa payung dan beg plastik itu bagaimanapun sempat dihalang pihak berkuasa dan dibawa ke sebuah khemah di padang berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika Ketua Menteri Sarawak itu baru sahaja mahu merasmikan program SEJIWA SENADA di pandang berkenaan.

Difahamkan wanita itu berang dan mahu mengadu sendiri masalah yang berlaku di jabatan kerajaan dan cba mengambil peluang pada majlis itu berbuat demikian.

Dia kedengaran menjerit "Biar Ketua Menteri sendiri tahu apa masalahnya!" ketika dia dibawa polis dari kawasan berkenaan. Wanita itu dibawa ke IPD Kuching, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10