nuffnang ads

Saturday, January 22, 2011

BADMINTON TERBUKA MALAYSIA: CHONG WEI HANTAR CHENG LONG BALIK CHINA, JUMPA HIDAYAT DI AKHIR


SELEPAS Lin Dan menarik diri kerana takut berdepan Datuk Lee Chong Wei, rakan senegaranya, Cheng Long yang diharap dapat menumpaskan Chong Wei, terpaksa akur dengan kekalahan mudah straight set kepada pemain utama negara pada peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Sekali gus, Cheng Long dibungkus elok-elok dan dihantar ke dalam pesawat pulang ke China bersama Lin Dan yang tiada tuuutt....., sejurus kalah 21-9 dan 21-9. Dalam perlawanan separuh akhir tadi, Cheng Wei tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk menumpaskan Cheng Long.

Serentak itu, perlawanan akhir esok akan menemukan Chong Wei dengan Taufik Hidayat dari Indonesia yang sebelumnya mengalahkan Simon Santoso 21-15, 21-19 pada separuh akhir yang lain. Ini juga bermakna dua pemain perseorangan utama China, Lin Dan dan Cheng Long, pulang dalam keadaan paling aib - kalah pada strategi sendiri yang tidak menjadi.

Kekalahan itu juga meranapkan hasrat Lin Dan konon mahu melihat Cheng Long menjadi wira menewaskan Chong Wei sekali gus menaikkan lagi ranking rakannya itu bertukar menjadi senjata memakan diri dan memalukan apabila kalah dalam tempoh yang singkat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10