nuffnang ads

Saturday, January 22, 2011

ISU: ANTARA BEG UDARA DAN LAWAK YANG SENTIASA PENUH JENAKA


SATU lagi lawak antarabangsa diperkenalkan kepada semua pemilik kereta. Semua kereta diwajibkan memasang beg udara. Tujuannya untuk menjaga keselamatan apabila terbabit kemalangan. Atau dalam makna sindiran, sebab kemalangan masih tinggi di negara ini, maka nah engkau, aku bagi kau pasang beg udara!

Tentang kos kepada pembuat kereta atau pemiliknya, mungkin tahun 2999 nanti baru diambilkira. Ya, memang lawak antarabangsa sebenarnya cadangan memasang beg udara.

Lawak pertama adalah kerana yang BAKAL UNTUNG tentu bukan orang MELAYU. Carilah kilang atau pembuat beg udara yang milik orang Melayu yang akan mendapat 'habuan' ini.

Lawak kedua adalah kerana cadangan ini akan jadi macam cadangan-cadangan lain sebelum ini, pemakaian tali pinggang keledar kepada pemandu/penumpang depan dan pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang belakang.

Lawak ketiga adalah hasil daripada 1001 cadangan yang telah dan akan dberikan selepas ini, MUSTAHIL boleh mengurangkan kemalangan dan kehilangan nyawa selagi SIKAP tidak berubah.

Sebenarnya SIKAP pemandu di jalan raya, sambil ditambah oleh beberapa faktor seperti fizikal jalan, cuaca dan mekanikal kenderaanlah yang menjadi punca kadar kemalangan meningkat dan semua jalan di negara ini sering bertukar menjadi sungai mayat.

Cadangan memasang beg udara hanya tindakan seperti seorang doktor yang memberi ubat sakit mata kepada pesakit yang sakit perut. Itu sebab kita panggil cadangan itu lawak yang bersifat antarabangsa yang mengamalkan konsep rakyat dikenakan dulu.

Jika tidak percaya, tengoklah. Selepas memasang beg udara, akan timbul pula cadangan memasang besi penghadang di depan dan di belakang kereta, kemudian cadangan memasang besi pada dashboard agar tidak remuk bila kemalangan, kemudian akan cadang stereng kereta ditukar kepada elastik sifatnya apabila kemalangan, kemudian akan cadang seluruh dinding kereta dipasang keluli agar tidak kemek atau remuk.

Akhir sekali nanti, sebuah kereta akan jadi macam KERETA KEBAL, semuanya bertujuan untuk melindungi pemandu dan penumpang daripada bahaya kemalangan.

Apabila itu terjadi, sebuah kereta di negara ini akan berharga seperti sebuah kereta kebal dan hanya orang kaya sahaja yang mampu memilikinya!

Lihatlah pada apa yang telah dlakukan pada bas ekspress misalnya kotak hitamlah, itulah inilah, tetapi kemalangan maut masih berlaku. Ini kerana kemalangan itu kebanyakannya berpunca daripada pemandu - sama ada tidak kompeten, bawa laju, mengambil dadah atau pun tidak faham undang-undang. Ia berkait sikap dan bukannya kerana kekurangan aksesori tambahan, konon untuk melindungi keselamatan.

Jadi sementara cadangan memasang beg udara ini belum jadi kenyataan, marilah kita menekan perut kuat-kuat bersama-sama untuk tertawa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10