nuffnang ads

Sunday, January 9, 2011

UNCLE JAN BEKAS KETUA KAMPUNG YANG TERLAMPAU

DULU dia bekas ketua di sebuah kampung di Selangor. Isterinya memiliki sebuah taman didikan kanak-kanak (Tadika) sejak 10 tahun lalu.

Sejak tidak lagi dilantik sebagai ketua kampung, apabila kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa dia menjadi pembantu di tadika milik isterinya itu.

Di kalangan murid di tadika itu, dia dikenali sebagai Uncle Jan. Perangai uncle Jan yang berusia 50-an ini pelik sikit.

Dia lelaki gila seks yang ditakuti oleh seorang pelajar tadika itu yang berusia enam tahun. Sejak dua tahun lalu, kanak-kanak itu mendakwa dicabul setiap kali dihantar ke tadika itu. Dakwaan budak itu tentulah mengejutkan. Lagipun dia budak, kenapa dia harus berbohong. Kalau berbohong pun apa yang budak sekecil dia boleh dapat. Lagipun uncle Jan bukan ahli perniagaan atau menteri atau penyanyi yang boleh diugut dan mendatangkan untung.

Namun dalam tempoh dua tahun, budak itu merahsiakan sahaja perbuatan uncle Jan terhadapnya. Cuma Selasa lalu, oleh kerana trauma dan tidak tertahan lagi dia bocorkan sahaja rahsia buruk uncle Jan itu kepada bapanya.

Budak enam tahun itu buka rahsia uncle Jan. Budak tadika itu buka perangai buruk uncle Jan. Nak tahu apa kata budak itu?:  Uncle Jan suka raba dan cium kemaluannya!

Bapa budak itu pun membuat laporan polis mengenainya. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy mengesahkan ada menerima laporan yang dibuat bapa kanak-kanak itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10