nuffnang ads

Sunday, January 9, 2011

APA MAKNA PARIA?

ORANG mulai sibuk bercerita tentang timbalan menteri keturunan India, T Murugiah mendesak agar buku Interlok diharamkan penggunaannya sebagai teks pelajar tingkatan lima kerana antaranya dikatakan mengandungi perkata paria yang menghina.

ORANG mulai sibuk pemimpin NGO India, A Vaithilinggam dipetik media berkata akan membakar novel Interlok sebagai protes kerana menghina kaum itu, termasuk dakwanya penggunaan perkataan paria itu melukakan hati.

Dan ketika petang semalam lebih 100 penduduk keturunan India di Klang membakar novel itu dan salinan gambar penulisnya kerana menyifatkan ia tidak sesuai di sebuah negara majmuk ini, termasuk kerana ada perkataan paria dalam novel itu, masih ada di antara kita yang tidak jelas apa maksud paria yang menjadi punca segala masalah ini.

Mengikut Kamus Dewan, terbitan DBP, paria bermaksud ORANG ATAU GOLONGAN (KASTA) YANG PALING RENDAH ATAU HINA (DLM AGAMA HINDU).

Maknanya kalau itulah maksud paria, tentulah penggunaan perkataan golongan malas dan pemalas sebagai merujuk kepada kaum Melayu dalam novel hasil tangan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein itu juga sesuatu yang menghina kaum Melayu.

Tidaklah pula kaum Melayu berbuat sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada hati dan perasaan kaum lain!

Tentulah tidak semua kaum India bersetuju dengan tindakan sebegini kerana secara realitinya novel itu bukan semalam diterbitkan. Novel itu bukan baru semalam dibaca. Novel itu bukan sahaja pernah dibaca kaum Melayu, tetapi turut pernah dibaca kaum lain kerana ia diterbitkan sempena sambutan 10 tahun Malaysia merdeka. Kini Malaysia telah 53 tahun merdeka!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10