LEBIH 700 mangsa banjir dipindahkan lagi di seluruh Kelantan malam ini, menjadikan angkanya meningkat kepada 2,777, berbanding seramai 2,084 sehingga petang tadi.
Dua kawasan teruk terjejas ialah di Pasir Mas dan Rantau Panjang. Sebanyak 19 sekolah ditutup, membabitkan 9,782 pelajar.
Paras air di Sungai Golok telah mencecah 10.32 meter melebihi paras bahaya 9 meter.