nuffnang ads

Monday, January 3, 2011

TUK..., BANYAK ORANG KATA TUK YANG ROGOL PEMBANTU RUMAH TU. BETUL KE?

MULANYA tak nak campur sangat, tapi bila banyak sangat laman web termasuk blog dan facebook terang-terang sebut nama orang tertentu sebagai orang yang dituduh merogol amah Indonesia tu, saya rasa tuk jangan diam ajelah.

Betul ke tuk yang rogol amah tu? Betul ke masa tuk buat kali terakhir dengan amah tu, tuk kantoi dengan isteri tuk?

Kalau tak keberatan, boleh tak tuk jelaskan macam mana reaksi bini tuk masa tertengok tuk tengah buat kerja dengan amah tu? Boleh tak tuk? Bukannya apa, sebab banyak orang banyak cerita. Jadi tuk kena cerita untuk betulkan cerita yang bersimpang siur itu biar cerita sebenarnya lurus macam pokok tunjuk langit tu!

Satu lagi tuk. Betuk ke tuk syok dengan amah tu? Atau sebetulnya amah tu aje yang syokkan tuk sehingga digodanya tuk sampai tuk tak boleh nak tahan dan nak elak?

Betul ke tuk, amah tu bini orang yang dah ada anak? Kalau tengok gambar pangkah mata, boleh tahan gak amah tu ye tuk. Agak-agak tuk lah, amah tu selalu makan majun jenama ape ye?

Satu lagi tuk...orang dulu-dulu cakap kalau diam aje tu maknanya setuju. Maaf ya tuk..bila tuk diam aje dalam isu ini tuk setujulah ye? Tuk jangan diam aje tuk. Sekarang zaman WiFi tuk...tak boleh diam aje, kena beritahu. Kalau tuk buat tuk cakap, tak buat pun tuk cakap.

Demikianlah tuk. Cucu sekadar tumpang tanya. Sesekali turun Kuala Kelawang, singgah Seperi atau Sungai Rotan atau Titi teringat semua ini. Kesian tuk kena hentam tapi tuk pun salah sebab tak balas cepat. Balas aje tuk. Biar semua tahu, tuk buat atau tak buat.

Ala tuk, zaman sekarang nak malu apa. Cakap aje cerita sebenar. Kalau tak percaya cuba baca paper. Tuk tentu selalu jumpa kes bapak tala anak, abang bantai adik, suami tibai adik ipar. Itu lagi malu tuk. Ini...alahai tuk, buat selamba aje. Kita kan sama-sama lelaki tuk! Nak malu apa, amah pun ada nafsu jugak. Lainlah kalau tuk yang paksa dan dia tak mahu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10