nuffnang ads

Tuesday, January 4, 2011

TV3 SIASAT KES KARAM SINGH WALIA

APA yang dikatakan oleh seorang pegawai kanan TV3 semalam berkait apa yang dimaksudkan stesyen televisyen itu sedang 'memikirkan' sesuatu tentang impak dari insiden membabitkan wartawannya, Karam Singh Walia dikepung sekumpulan lelaki kerana didakwa menghina kaum Melayu, ternyata benar.

Semalam, dalam satu kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar, berkata TV3 memandang serius apa yang berlaku itu.

Dalam kenyataan sama, Ahmad berkata stesyen penyiaran itu akan menentukan jenis tindakan sesuai yang akan diambil ke atas Karam, selepas sahaja siasatan mengenai kes itu selesai dijalankan secara dalaman oleh panel syarikat.

Karam terbabit dalam ketegangan dengan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Andalas, Klang beberapa hari lalu gara-gara dia bercakap mengatakan antara lain orang Melayu tidak berasal dari Malaysia atau Indonesia.

Insiden itu nyaris bertukar buruk, memaksa sekumpulan lelaki tidak berpuas hati dan mendesak Karam Singh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang Melayu di negara ini akibat mengucapkan kata-kata yang mengguris hati itu.

Video insiden itu tersebar luas di YouTube, antara lain menunjukkan dia dikepung dan dimaki hamun pihak yang tidak berpuas hati dengan kata-katanya.

Karam juga dilihat dalam video tersebar itu memohon maaf secara terbuka dan antara kata-katanya ialah dia sanggup melutut kepada setiap lelaki yang berada di situ bagi menunjukkan dia amat kesal kerana mengucapkan kata-kata berkenaan.

Akibat insiden itu juga, TV3 dihujani banyak panggilan orang ramai yang meluahkan perasaan tidak puas hati selain ada di antaranya meminta kes itu tidak dipanjangkan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10