nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

TRAGEDI GUNUNG LEDANG: 2 SISWA DIHEMPAP POKOK


SALMAN DIKEJARKAN KE HOSPITAL PAKAR TUN FATIMAH
BAHAYA POKOK TUA
DUA pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) cedera apabila sebatang pokok tua tumbang dalam kejadian angin kencang kira-kira jam 2.30 petang semalam, di kaki bukit Gunung Ledang, di Tangkak, Johor.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagi Salman AlFarisi Ahmad Sabri, dan Muhammad Hafizuddin Abdullah, kedua-duanya berusia 21 tahun.

 Mereka adalah sebahagian 14 pelajar universiti terbabit yang mengadakan perkhemahan, sebelum tiba-tiba sebatang pokok tua tumbang ke arah kedua-duanya, menyebabkan Salman cedera parah dan terpaksa dirujuk ke Hospital Pakar Tun Fatimah.

Muhammad Hafizudin pula dihantar ke Hospital Tangkak. Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata mangsa diselamatkan oleh petugas Gunung Ledang Resort dan pasukan Bomba dan Penyelamat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10