nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

KARAM SINGH KATA DIA TAK MABUK MASA KEJADIAN!

KARAM SINGH WALIA membuat penjelasan dia tidak mabuk semasa satu kejadian apa yang didakwa oleh sekumpulan lelaki bahawa dia mengucapkan kata-kata berbaur perkauman di sebuah restoran India Muslim di Klang, baru-baru ini.

Karam juga menafikan mengeluarkan perkataan itu kecuali memarahi penunggang motosikal yang salah meletak kenderaan dengan mengatakan bodoh tak ada otak punya orang!

Dia juga mendakwa terpaksa membuat pengakuan bersalah kerana bimbang ketegangan terus berlaku apatah lagi ketika itu katanya dia bersama anak saudaranya yang baru sahaja pulang dari England.

Baru-baru ini, laman YouTube menyiarkan video Karam dikepung sekumpulan lelaki Melayu di sebuah restoran sehingga mencetuskan ketegangan kerana lelaki terbabit mendakwa Karam mengeluarkan perkataan orang Melayu tidak berasal dari Malaysia atau Indonesia.

Karam membuat permohonan maaf dalam video itu sambil mengeluarkan perkataan dia sanggup melutut sebagai tanda minta maaf.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10