nuffnang ads

Tuesday, January 4, 2011

TANPA ANWAR IBRAHIM PUN SEBAHAGIAN ORANG MELAYU BELUM TENTU SUKA UMNO!

INI berita yang baru diterima. Berita dari laga cawan kopi di kedai-kedai. Kata orang apa ingat orang tak sokong Umno sebab Anwar? Piiiiraaah...tanpa Anwar Ibrahim pun sebahagian orang Melayu tetap tak sukakan Umno.

Anwar kata mereka hanyalah satu titik kebetulan. Bertolak dari titik itulah orang Melayu pun terfikir betapa bodohnya selama ini orang Melayu berpolitik. Naga-naga besar dan buaya-buaya jalang menganga mulut di tebing sungai kehidupan orang Melayu.

Kalaulah Anwar tiada, Umno belum tentu penuh dengan orang Melayu. Orang Melayu ada pilihan lain. Banyak pilihan yang orang Melayu ada, tetapi yang pasti belum tentu pilihan mereka adalah Umno. Orang Melayu boleh saja pilih PAS, atau kalau tiada pilihan lain orang Melayu pilih DAP.

Dari laga-laga cawan kopi, nampaknya rakyat seronok dan tidak sabar-sabar mahu melihat adanya pilihanraya dalam tempoh terdekat. Tapi sayang. Sayang seribu kali sayang. Silap-silap tahun 2011, pilihanraya umum tak mungkin diadakan. Aduhai....

Buatlah apa yang kau orang mahu pada Anwar. Ketiadaan Anwar tidak mematikan semangat orang yang mahukan perubahan. Malah semangat itu lebih kental, kuat dan liat.

Perubahan itu bukan Anwar. Anwar itu pula bukan perubahan. Perubahan itu adalah sesuatu yang lahir dan bertolak dari perahan derita, sengsara dan dukacita orang Melayu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10