nuffnang ads

Saturday, January 8, 2011

TINGGALKAN BAM, BUN! LATIHLAH ANAK-ANAK KAMPUNG JADI JUARA DUNIA.

TINDAKAN keluar dari BAM sebagai jurulatih perseorangan oleh Datuk Misbun Sidek mesti dilihat orang sebagai satu tindakan bijaksana kerana berjaya keluar dari kepompong yang sempit dan penuh sarat dengan misteri dan agenda orang tertentu yang barangkali ada kepentingan tersembunyi yang tidak dapat dibaca!

Maka eloklah Bun. Masih banyak anak kampung yang memerlukan khidmat anda yang bersedia merelakan diri dilatih agar mampu menjadi juara dan menjulang nama negara.

Percayalah Bun, anak-anak kampung telah sebegitu banyak dan sekian lama terbiar tanpa peluang untuk mendapat latihan sewajarnya dari seseorang yang pakar dan arif dalam sukan kesayangan kita. Bantulah mereka, Bun.


Semangat anak-anak kampung yang ada di antaranya masih berlatih menggunakan reket kayu sebenarnya amat tinggi kalau kita mampu menyaring di antara mereka untuk dilatih secara bersistematik. Lupakanlah Bun. Lupakanlah hati pedih di dalam kepompong itu kerana Bun lebih diperlukan oleh anak-anak di Sijangkang, Jalan Kebun, Bukit Tembok, Ajil, Kuala Linggi, Kampung Pachitan, Ulu Bendol, Seperi atau Kampung Bukit Kemandol!

Buang duka itu Bun. Taburkan baktimu kepada anak-anak yang dahagakan khidmatmu untuk melatih mereka. Anak-anak kampung ini tidak pernah tahu fasal politik dalam sukan, tapi mereka ada iltizam untuk menjulang nama negara asal mereka diberi peluang dan jalan yang adil dan sama rata.

Buatlah kembara ke seluruh negara Bun. Anak-anak kecil kampung akan mengangkat sembah meminta mereka dilatih menjadi juara.

Sedang mereka di dalam BAM sedang membuang air liur sibuk-sibuk bercerita tentang entah apa-apa, tinggalkan mereka Bun. Anak-anak kampung amat menantimu. Percayalah! Mereka menagih tunjuk ajar dari seorang yang tahu tentang sukan badminton untuk menjulang nama negara. Ayuh Bun!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10