BEBERAPA penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Soi, Kuantan percaya seekor buaya yang ditangkap di satu alur sungai Kampung Permatang Cengal semalam, adalah buaya yang sama ditangkap di pantai Teluk Cempedak yang dilepaskan di sungai itu baru-baru ini.
Ini kerana ukuran buaya berkenaan hampir sama manakala lokasi ia dilepaskan pula hanya sekitar 7 kilometer daripada tempat ia ditemui semalam.