nuffnang ads

Monday, January 10, 2011

TERKINI: CHONG WEI AKAN BERSARA JIKA BAM GAGAL PUJUK DATUK MISBUN SIDEK

JUARA perseorangan lelaki pertandingan badminton BWF Super Series di Taiwan, Datuk Lee Chong Wei hari ini 'mengebom' Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminatnya di seluruh dunia, sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA).
Bawa Misbun masuk ke dalam BAM apa cara pun, kalau tidak Chong Wei akan keluar dari BAM

Selain membawa pulang hadiah kejuaraan sebanyak US$40,000, Chong Wei menyampaikan berita 'pengeboman' itu secara eksklusif kepada wartawan The New Straits Times.

Menurut Chong Wei dia tiada pilihan kecuali akan keluar dan bersara dari kepompong BAM jika pengurusan tertinggi badan induk badminton negara itu gagal memujuk jurulatihnya Datuk Misbun Sidek kembali ke dalam BAM.

Ini adalah isyarat jelas Chong Wei betapa dia sememangnya amat berharap Misbun kekal melatihnya, selain menceritakan betapa kasihnya dia kepada 'bapa angkatnya' itu. Semoga semua faham dan berusahalah menjernihkan kemelut ini, demi maruah sukan badminton negara.

Dapatkan laporan istimewa mengenai isu terbaru ini di dalam The New Straits Times esok. Selamat membaca.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10