nuffnang ads

Monday, January 10, 2011

TERKINI: BAYI 3 TAHUN MATI DENGAN 73 KESAN DERA DI BADAN

KEAZABAN hidup dan nasib malang yang dilalui oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun selama ini, hanya terbongkar selepas dia kembali ke rahmatullah!

Dengan bantuan kepakaran pegawai perubatan, akhirnya kisah dera ke atas kanak-kanak tidak berdosa itu terbongkar apabila pemeriksaan menemui 73 kesan dera di seluruh tubuhnya, ketika mayat kanak-kanak itu dihantar ke bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail, di Johor Bharu hari ini.

Nur Dania Qistina, dilaporkan oleh ibu bapanya sebagai meninggal akibat lemas di dalam besen. Dakwaan itu terkandung dalam laporan polis dibuat keluarganya di Balai Polis Ulu Tiram.

Bagaimanapun, hari ini pegawai perubatan membuktikan sebaliknya. Kematian mangsa disyaki akibat didera. Malah selain mengesan 73 kesan dera yang menyeliputi tubuh kanak-kanak itu, beberapa organ termasuk paru-parunya turut mengalami kerosakan.

Polis kini sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tangkapan terhadap suspek yang berhati kejam itu akan dilakukan bila-bila masa sahaja.

Jenazah Nur Dania akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan felda Tenggaroh Enam, Mersing. Sama-sama kita mendoakan segala kebaikan yang harum dan wangi ke atas roh allahyarham.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10