nuffnang ads

Monday, January 10, 2011

PEPATAH MELAYU YANG ELOK BUNYINYA.

LIDAH BERCABANG
TIKAM BELAKANG
MELEPASKAN ANJING TERSEPIT
MEMIKUL BIAWAK HIDUP
TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT

Demikian barangkali sesuai untuk orang yang suka berpusing cakap. Di depan cakap lain, di belakang cerita lain. Misalnya kalau seseorang itu meminta maaf kerana melakukan kesalahan. Kemudian apabila bertemu orang lain, dia berkata dia tidak meminta maaf kerana kesalahan itu, tetapi meminta maaf kerana perkara yang lain.

Kalau mahu menjadi orang yang boleh digelar manusia ataupun insan, tolonglah jangan bersikap begini. Najis atau bangkai kalau ditudung atau ditutup, lambat laun keluar juga baunya.

Apalah salah menjadi manusia jujur. Berdosakah kalau kita mahu menjadi manusia yang lurus dan ikhlas hati?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10