nuffnang ads

Saturday, January 8, 2011

TERIMA KASIH YB DR DZUL, YB DR SITI MARIA DAN PEMIMPIN UMNO

TERIMA kasih Yb Dr Dzulkefli, Ahli Parlimen Kuala Selangor, terima kasih Yb Dr Siti Maria, Ahli Parlimen Kota Raja dan terima kasih pemimpin Umno yang tidak mahu namanya disebut.

Terima kasih khususnya Dr Dzul, kerana membaca catatan dalam blog ini dengan hati terbuka untuk mengongsi ratap dan dukacita anak-anak Melayu. Terima kasih.

Hanya inilah yang mampu blog ini berikan. Kutip air mata yang cucur turun melewati cengkung yang dalam pada wajah anak Melayu. Ketika air mata itu bertakung di bucu bibir mereka, saya kongsikan sama penderitaan mereka untuk kita rasai.

Kita tak perlu dan tak boleh berbohong lagi, bahawa inilah realiti dan warna kehidupan rakyat bawahan yang amat memerlukan pembelaan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10