nuffnang ads

Saturday, January 8, 2011

APAKAH NAJIB AKAN MENDAPAT 100 PERATUS CERITA BENAR HARI INI?

SOALAN paling utama di sebalik pertemuan Najib Razak dengan semua ahli parlimen yang sesekutu dengannya hari ini ialah, bolehkah Perdana Menteri diberi cerita 100 peratus benar oleh setiap ahli parlimen yang di'temuduga'nya itu?

Apakah tidak mustahil demi menjaga kepentingan masa depan dan survival politik ada di antara jawapan ke atas soalan tertentu akan dijawab oleh ahli parlimen dengan jawapan yang berpusing-pusing dan bersimpang siur?

Apakah tidak mustahil budaya semua ok akan berulang dan cerita sebenar tentang realiti di kawasan masing-masing menjadi kabur dilindungi mendung agenda tertentu?

Apakah tidak mustahil cerita tak ada masalah dan kita dah sedia akan berulang seperti zaman sebelum ini?

Apakah tidak mustahil Najib akan angin?

Terpulanglah. Kami rakyat bawahan tidak mahu peduli semua itu. Kami hanya mahu kehidupan akan terbela. Jika perubahan drastik dalam lanskap politik negara itu penting berlaku dan dilaksanakan, tidak ada sebab kenapa kami harus lagi menjadi pak angguk dan pak turut. Kami mahu perubahan dan perubahan itu akan kami buktikan menerusi pilihanraya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10