SAH. Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatannya dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jurulatih perseorangan negara.
SAH JUGA. Datuk Lee Chong Wei simpati dengan Misbun yang telah banyak berkorban menjadikannya sebagai juara.
Kata Chong Wei, sifat dan kelaku seorang pegawai BAM yang hanyalah tin kosong menjadi antara punca Misbun meletakkan jawatan.
Apakah dalam BAM akan ada tikus yang mahu membaiki labu atau menjadi seekor kucing yang mahu mengajar itik berenang!
Lihatlah! Lihatlah cantiknya badminton negara selepas ini. Percayalah.