nuffnang ads

Monday, January 3, 2011

PENUMPANG WANITA: AWAS BANGLA ' THE RABA MAN ' DALAM TREN

SEORANG lelaki warga Bangladesh berjaya melarikan diri selepas tangannya sempat menjalar meraba punggung seorang staf sebuah bank komersil ketika berada di dalam tren di KL Sentral jam 6.30 Rabu lalu.

'The Raba Man' itu adalah antara umat yang bersesak dalam tren bersama mangsa yang dikenali sebagai Yani, 25, yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam.

Menurut Yani, keadaan tren yang sesak membuatkan dia tidak terfikir tentang kelakukan bangla yang sedang menghimpitnya dalam keadaan penumpang penuh sesak itu. Namun selepas perbuatan itu berulang, dia sempat menampar tangan lelaki berkenaan.

Peliknya The Raba Man itu berlagak seperti tidak ada apa-apa apabila kemudian mencari mangsa lain tidak jauh dari Yani. Melihat keadaan itu, Yani merakamkan gambar suspek. Geram melihat tingkah lakunya, Yani menampar sekali lagi tangan bangla itu ketika dia sedang meraba punggung penumpang wanita lain.

Akibatnya wanita itu terkejut dan menyangka Yani yang meraba tubuhnya. Bagaimanapun, selepas diterangkan, barulah dia faham tetapi sebaik sahaja perbuatan itu mula terbongkar The Raba Man terus melarikan diri sebaik sahaja tiba di hentian Seri Setia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10