KHAIRY lebih faham dan reti kenapa dia membuat keputusan untuk tidak bertanding lagi sebagai wakil rakyat selepas ini. Dalam laman Twitternya, Khairy telah memberitahu dia tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau dan mahu bersara dari politik selepas PRU ke 13.
Memang ini langkah terbaik dan inilah caranya untuk Khairy mendapat lebih hormat dari kawan-kawan, anak Negeri Sembilan. Bersara saja dari politik. Politik yang dia ceburi bukan sahaja tidak menguntungkan dia malah amat merugikan orang Melayu.
Kalau Khairy masih ada hati untuk tolong orang Melayu, jangan gunakan saluran Umno. Percayalah, kalau Khairy masih gunakan saluran itu, macam inilah selamanya. Khairy akan dapat bantu Melayu lebih dengan keluar dari politik Umno.
Tak perlulah Khairy berpatah balik dengan keputusan yang dibuat. Sebaiknya, kalau tidak mahu mendengar nasihat ini, buatlah istiqhorah. InsyaAllah, akan ditunjukkan jalan mana yang boleh Khairy gunakan untuk berkhidmat demi anak bangsa.
Ya Khairy, sebagai anak Negeri Sembilan, jadilah anak yang sebenar untuk orang Melayu. Umno bukan tempat yang sesuai untuk Khairy, percaya dan dengarlah!