nuffnang ads

Thursday, January 13, 2011

SOSEH-SOSEH: CERITA GADUH MARIA FARIDA DAN SHAHZ JAZLE!


HEBOH orang bercerita mengenai bintang muda Shahz Jazle berantakan dengan 'rakan karibnya' pelakon Maria Farida. Sejauh mana kebenarannya, tidak pula SS tahu cuma ramai dapat menghidu mengenainya apabila masing-masing berbalas kenyataan menerusi laman sosial twitter.

Perkara itu diperkuatkan lagi apabila Wan Sharmila didakwa menjadi punca keretakan hubungan apabila gosip mengatakan Wan Sharmila berkucupan dengan Shahz, membuatkan Maria Farida berang. Tidak cukup dengan itu, kemunculan Shahz bersama artis muda, Kilafairy, ketika acara permaidani merah Anugerah Skrin 2010 turut menghangatkan lagi keadaan.

Malah adu beberapa orang teman yang mengikuti laman sosial twitter dan facebook Maria dan Shahz, katanya mereka boleh mengikuti pergaduhan berlaku antara mereka sampaikan keluar segala 'sumpah seranah' (pergaduhan marathon sampai terkeluar anak tekak...hehehe)

Entah iya entahkan tidak kerana mengikut kepada logik akal SS, tidak mungkin mereka hendak bertelagah di laman sosial yang boleh dibaca ramai orang. Ia bukan sahaja tidak manis tetapi boleh memalukan diri sendiri.

Bagaimanapun, jelas teman SS tadi, pertelagahan mereka tidak bertahan lama kerana selang sehari pergaduhan berlaku, Shahz dan Maria sudah kembali berdamai. Bukan itu saja, mereka turut kembali menyatakan perasaan sayang antara satu sama lain menerusi laman sosial.

Mungkin Shahz sudah menerangkan kembali kedudukan sebenar apa yang berlaku antara dirinya dan Wan Sharmila menyebabkan Maria sudah boleh menerima kembali Shahz dan perhubungan mereka sebagai 'rakan karib' diteruskan.

Wan Sharmila sendiri membuat kenyataan bahawa dakwaan dia berkucupan dengan Shahz tidak benar, cuma menarik kenyatan pelakon yang kembali solo itu membabitkan Maria Farida, kalau benar Maria dan shahz hanya rakan karib mengapa pula dia mahu marah dan berasa tidak puas hati dengan gosip terbabit.

......Macam mana Maria? Dah okay ke sekarang?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10