KENYATAAN bekas menteri besar Selangor dalam blognya semalam yang menyatakan dia memulangkan secara sukarela gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan Sultan Selangor, akhirnya diketahui tidak benar dan palsu.
Ini kerana pengakuan dalam blognya itu bertentangan dengan kenyataan Setiauasaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohamed Khusrin Munawi hari ini ketika dihubungi oleh The Star.
Menurut Mohamed Khusrin, gelaran Datuk Seri itu ditarik balik oleh Sultan Selangor dan bukannya diserahkan secara sukarela oleh Khir.
Mohamed Khusrin menegaskan, kenyataan Khir yang menyatakan beliau menyerahkan gelaran itu secara sukarela adalah TIDAK BENAR.
Penggantungan atau penarikan balik gelaran itu kata Mohamed Khusrin dibuat oleh Sultan dan ia dimaklumkan kepada Khir selepas mesyuarat Dewan DiRaja, semalam.
Bagaimanapun, katanya penggantungan gelaran itu dibuat oleh pihak istana atas syarat sehingga kes Khir di mahkamah selesai.
Jika Khir didapati bersalah, gelaran itu ditarik terus manakala jika mahkamah mendapati beliau tidak bersalah istana akan memulangkan semula kepadanya.