nuffnang ads

Thursday, January 13, 2011

WARKAH KEPADA TAN SRI MUHAMAD ALI HASHIM: BANTULAH MELAYU TAN SRI, LAHIRKAN 1,000 JUTAWAN!!

MEMBUJUR lalu melintang patah. Akhirnya semua pun tahu, salah seorang pemain dan pemimpin ekonomi negara yang satu ketika dulu amat dikagumi dan ditakjubi oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu kerana kejayaannya meletakkan Perbadanan Johor atau JCop di puncak jaya, melepaskan semua enam jawatan pengerusi dan pengarah di enam syarikat terkemuka, kelmarin.

Rakyat khususnya tidak perlu tahu kenapa dan mengapa. Masyarakat Melayu hanya perlu tahu dan jangan lupa, Muhamad Ali Hashim adalah wira Melayu dalam ekonomi negara.

Tan Sri tentu maklum dan tentu juga masih ada dalam peta ingatan Tan Sri tentang kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini. Saya percaya semua itu masih basah, terutama tentang kedudukan ekonomi orang Melayu yang amat rendah berbanding kaum lain di negara ini.

Kami mohon kiranya Tan Sri dapat melakukan sesuatu bagi membantu orang Melayu kembali bangkit dalam sektor ekonomi di negara ini. Idea dan pandangan jauh Tan Sri amat-amat berharga pada kaca mata orang Melayu.

Tolonglah Tan Sri. Tolonglah kami untuk lahirkan 1,000 jutawan Melayu dalam tempoh terdekat ini kerana kami lebih percaya kepada individu berbanding pemimpin dan orang politik. Kami lebih percaya kepada orang yang hidup dan matinya amat arif tentang ekonomi dan tidak pernah mahu campur dalam politik.

Kami amat bimbang, keistimewaan dan kebolehan Tan Sri tidak lagi menitis ke dalam kolam tangisan orang Melayu. Orang Melayu amat memerlukan pendukung, pembimbing dan perangsang agar mereka bangkit dan terus bangkit dari lena yang amat panjang ini, Tan Sri.

Salam Tan Sri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10