PELAJAR tahun empat, Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, menjadi mangsa pertama gelombang banjir ketiga di Kelantan, apabila lemas pagi ini ketika bermain air di depan rumahnya di Kampung Belukar Limbat, Kota Bharu.
Ibunya, Gayah Hassan, 35, berkata memang kebiasaan anak-anaknya mandi atau bermain air ketika banjir pada jarak 3 meter di depan rumahnya.
Bagaimanapun dia tidak menyangka, Siti Aisyah tiba-tiba tenggelam dan dibawa arus di depan matanya. Dia yang cuba menyelamatkan anaknya itu gagal kerana arus deras.
Mayat Siti Aisyah ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira dua meter dari tempat dia dilaporkan tenggelam.