nuffnang ads

Saturday, January 8, 2011

ISTERI SASTERAWAN PRAMOEDYA ANANTA TOER MENINGGAL DUNIA

ISTERI novelis terkemuka Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, meninggal dunia hari ini, akibat serangan stroke yang dideritainya sejak dua tahun lalu.

Anak perempuannya, Astuti Ananta Toer memberitahu Detiknews, ibunya Maemunah Thamrin, 82, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Multikarya 11, Nombor 26, Utankayu, Jakarta Timur jam11.45 pagi.

Pramoedya meninggal dunia pada 30 April 2006 merupakan sasterawan ulung di Asia dan turut dikenali di dunia kerana telah menghasilkan 50 novel bermutu tinggi dengan 41 daripadanya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan dibaca di beberapa negara di dunia.

Malah novelnya Keluarga Gerilya pernah menjadi teks wajib bagi pelajar di negara kita satu ketika dulu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10