KENAIKAN mendadak pesakit mengalami batuk, sakit tekak dan demam di Singapura, telah memasuki tahap epidemik atau wabak.
Ini berikutan hampir 20,000 pesakit mendapatkan rawatan di Poliklinik negara itu sehingga kini dan kenaikan mendadak pesakit dikesan apabila angkanya mencecah 3,341 orang sepanjang minggu lalu.
Jumlah itu meningkat berbanding 2,842 orang pada minggu sebelumnya. Di negara itu, jumlah pesakit yang didafttarkan melebihi 17,032 orang bagi satu-satu jenis penyakit akan dikatogerikan sebagai wabak.
Kini angka itu dijangka akan terus meningkat dan Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah perlu menangani wabak Acute Respiratory Infection (ACI) itu yang dikatakan datang menyerang rakyatnya secara tiba-tiba.-ST