nuffnang ads

Friday, January 21, 2011

GARA-GARA KALAH MAIN LAMPU TINGGI, JURUTERBANG DITEMBAK LAPAN DAS!

Gara-gara berbalas lampu tinggi, juruterbang Thai Airways, Poolwit Ruengdech, cedera di bahu ditembak lapan kali oleh pemandu sebuah pacuan empat roda, Toyota Fortuner

KEDUA-DUA pemandu kereta itu telah dewasa, tetapi perangai macam budak-budak. Masing-masing berlawan lampu tinggi ketika memandu kenderaan di jalan raya pada sebelah malam.

Bagaimanapun, perlawanan balas membalas lampu tinggi, berakhir dengan seorang daripada mereka, juruterbang Thai Airways, Poolwit Ruengdech, cedera di bahu, ditembak sebanyak lapan das!

Kejadian berlaku malam kelmarin ketika Ruengdech memandu BMWnya dalam perjalanan ke lapangan terbang kerana bertugas membawa pesawat ke Athens. Tiba di Thab Chang, sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner, mengekori kereta Ruengdech dan berkali-kali menyerang dengan lampu tinggi.

Bengang, Ruengdech memandu keretanya ke kiri membiarkan Toyota berkenaan memotong keretanya. Kali ini giliran Ruengdech pula membalas dengan memainkan lampu tinggi kenderaannya berkali-kali. Pemandu Toyota Fortuner itu pula memperlahankan kelajuan dan Ruengdech memotongnya.

Pemandu Toyota rupanya geram. Dia membalas lagi dengan memberi beberapa kali lampu tinggi menyebabkan Ruengdech silau. Demikian mereka berbalas berlawan lampu tinggi selepas itu, berkali-kali macam budak-budak.

Tiba-tiba, sebelum tiba ke lapangan terbang, Ruengdech ternampak sinar laser merah terkena badannya. Dia pasti itu adalah laser penunjuk sebelum seseorang melepaskan tembakan daripada senjata automatik. Belum sempat Tuengdech menyelamatkan diri, tembakan dilepaskan mengenai cermin tingkapnya dan mengenai bahunya.

Tidak cukup, pemandu Toyota Fortuner terus melepaskan lagi enam das tembakan, tetapi tersasar. Ruengdech terpaksa memandu ke kawasan tempat kerjanya mencari perlindungan.

Ketua Polis Prawet, Kolonel Thienchai Kamapaso, berkata Ruengdech dikejarkan ke Hospital Samitivej Srinakarin dan keadaannya dilaporkan stabil.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10