nuffnang ads

Monday, January 3, 2011

SAKINEH MOHAMADDI ASHTIANI YANG DIHUKUM REJAM DENGAN BATU SAMPAI MATI, BUAT PENGAKUAN MEMBUNUH SUAMINYA

TELEVISYEN Iran hari ini menayangkan pengakuan seorang ibu beranak dua, Sakineh Mohamaddi Ashtiani, 43, yang mengaku membunuh suaminya pada 2005 bersama teman lelakinya, di rumahnya.

Sakineh mengaku suntik suami sehingga tidak sedarkan diri sebelum teman lelakinya datang merenjat tubuh suaminya menggunakan elektrik.
Sakineh yang sebelum ini dijatuhi hukuman rejam dengan batu sampai mati atas kesalahan melakukan hubungan sulit dengan lelaki bukan suaminya, mendapat reaksi keras daripada negara barat.

Hari ini Sakineh mengaku melakukan pembunuhan ke atas suaminya dengan bantuan teman lelakinya, Isa Taheri. Menurut pengakuan itu, Sakineh memberitahu dia telah menyuntik suaminya menggunakan bahan tertentu menyebabkan suaminya tidak sedarkan diri.

Selepas itu, katanya teman lelakinya, Isa Taheri datang ke rumahnya dan merenjat tubuh suaminya itu menggunakan elektrik.

Ada pihak meramalkan kemungkinan Sakineh tidak dikenakan hukuman rejam, sebaliknya dikenakan hukuman gantung sampai mati berdasarkan pengakuannya membunuh suami dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10