nuffnang ads

Monday, January 3, 2011

PRESIDEN KESATUAN WARTAWAN KEBANGSAAN (NUJ) BAKAL BERDEPAN KEMUNGKINAN DIPECAT OLEH UTUSAN MALAYSIA

KEMUNGKINAN beliau akan dipecat, demikian akui Hata Wahari, wartawan Utusan Malaysia yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kepada The Malaysia Insider (TMI) berhubung perkembangan terakhir selepas Hata mengeluarkan kenyataan akhbar mengkritik kepemimpinan ketua editor dan editor kanan akhbar Utusan Malaysia berkait kejatuhan naskah edaran akhbar itu.

Sambil menyifatkan beliau tidak kesal dan tidak bimbang jika dipecat seperti tindakan diambil ke atas rakan sejawatannya, Amran Ahmad, sebelum ini kerana membuat laporan kepada SPRM, Hata juga dipetik belum mengetahui keadaan sebenar masa depannya dengan akhbar itu.

Demikian jika benar, Utusan Malaysia telah mengambil sikap yang amat buruk melayani kritikan membina demi untuk kepentingan kakitangan dan masa depan akhbar itu yang dilihati semakin merudum di segi jualan dan imejnya.

Sabarlah Hata. Kebenaran kadang-kala perlu dibayar dengan harga yang amat pahit, tetapi mulia perjuangan menegakkan kebenaran adalah sifat tidak patuh pada kebatilan dan menjulang iklas serta kejujuran. Syabas Hata!

Percayalah Hata, sebelum anda dipecat, mungkin ada editor kanan majikan saudara akan dipecat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10