nuffnang ads

Tuesday, January 25, 2011

ROGOL DI SARAWAK: 210 KES ROGOL SEPANJANG TAHUN LALU, 21 KES MELIBATKAN AHLI KELUARGA


SEPANJANG tahun lalu, sebanyak 210 kes rogol dilaporkan di seluruh Sarawak. Kebanyakan kes melibatkan remaja yang tinggal di perkampungan Melayu.

Statistik yang didedahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC 11 Huzir Mohamad, mendapati daripada 210 kes yang dilaporkan itu, sebanyak 153 kes melibatkan rogol statutori.

Paling mengejutkan, daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 21 kes rogol adalah membabitkan ahli keluarga sendiri.

Paling malang lagi, lapan kes di antaranya melibatkan pelakunya yang terdiri daripada bapa kandung dan dua yang lain membabitkan bapa tiri. Kes haruan makan anak ini, tentulah amat mengejutkan dan memalukan institusi keluarga hari ini.

Daripada 210 jumlah kes dilaporkan pula, sebanyak 105 kes telah diselesaikan dengan 97 didakwa di mahkamah.

Nampak kini kepada kita betapa satu trend yang membimbangkan membabitkan remaja bawah umur yang terbabit dalam rogol statutori sedang menjalar dalam komuniti yang dikatakan semakin moden dan membangun.

Berdasarkan statistik juga, didapati daripada jumlah kes dilaporkan itu sebanyak 117 kes mangsa mengenali suspek atau perogol.

Sementara 60 yang lain adalah mangsa rogol kepada teman lelaki. Sebanyak 12 kes pula melibatkan mangsa yang baru sahaja kenal dengan suspek.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10