nuffnang ads

Tuesday, January 25, 2011

BANYAK BETUL DUIT DIA: BEKAS PENGARAH IMIGRESEN DIDAKWA DI MAHKAMAH MEMILIKI HARTA MELEBIHI PENDAPATAN


BEKAS Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Harun, 52, didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown atas tuduhan memiliki harta melebihi pendapatannya.

Berdasarkan pertuduhan, Abdul Rahman didakwa memiliki wang dan hartanah bernilai RM817,355, membabitkan simpanan dalam ASB sebanyak RM334,245, Tabung Haji (RM299,016) akaun simpanan Maybank (RM48,094) dan hartanah bernilai RM136,000.

Ini menunjukkan terdapat lebihan harta yang sepatutnya dimiliki Abdul Rahman selepas diambilkira emolumen sepanjang berkhidmat dengan kerajaan sebanyak RM152,081.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 36 (3) Akta SPRM 2009. Bagaimanapun Abdul Rahman yang kini Ketua Penolong Pengarah KDN di Putrajaya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10