MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan seorang pengawal keselamatan atas tuduhan melakukan seks oral dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun di dalam tandas, di sebuah unit rumah contoh di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
Sebaik hakim Fathiyah Idris membacakan keputusannya, T Prabagar, 36, keluar sambil tersenyum. Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 20 Mei 2007.
Fathiyah ketika membacakan keputusannya, berkata pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.