Menyayukan hati, mayat Taufik Abdul Rahim, ditanam di bawah setor di belakang rumah, berdekatan sebuah sekolah dengan kedalaman lubang hanya sekitar setengah meter.
Kejam...mayat Taufik 15 tahun, ditanam di bawah setor berdekatan sebuah sekolah.pix:sarawakupdate |
Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Abdul Rahman Ahmad berkata, suspek ditahan jam 7 pagi tadi selepas menerima maklumat orang ramai yang melihat seorang remaja menunggang motosikal mangsa. Polis turut menemui objek tumpul dipercayai digunakan untuk memukul dan membunuh mangsa.
Taufik dilaporkan hilang oleh ayahnya, Abdul Rahim Hasan, 42, selepas kali terakhir dilihat menunggang motosikal untuk ke bandar dari rumahnya di Kampung Iboi pada kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu.
Abdul Rahim membuat laporan kehilangan anaknya yang bersekolah di tingkatan tiga itu semalam. Serbuan polis ke rumah suspek turut menemui beberapa rangka motosikal, dipercayai dicuri.