nuffnang ads

Monday, January 17, 2011

UPDATED: ENAM PELAJAR UiTM CEDERA: BAS TERBALIK DI TAPAH

ENAM pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis, cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di KM334 , Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan Tapah, awal pagi tadi.

Bas berkenaan dikatakan membawa lebih 30 penumpang ketika kejadian, terbalik kira-kira jam 4.15 pagi. Setakat ini tidak diketahui punca kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata pemandu bas berkenaan turut cedera dalam kejadian itu.

Difahamkan, ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Arau, membawa pelajar UiTM menghadiri kursus usahawan di Dewan MCA, Kuala Lumpur.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10