nuffnang ads

Monday, January 10, 2011

PIANNGGGG!! IBU SUSPEK ROGOL TAMPAR MUKA IBU MANGSA. DUNIA DAH TERBALIK

SUDAHLAH anak lelakinya yang baru belasan tahun merogol anak orang, ibunya pula ganas buas macam gestapo, tergamak menampar muka ibu mangsa apabila diajak berbincang. Hukum rimba menjalar-jalar dalam masyarakat hari ini. Yang salah lebih berkuasa daripada yang benar.

Kejadian ini berlaku di Ampang apabila seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mendakwa dirogol dua remaja belasan tahun ketika dia dalam perjalanan membuang air kecil di sebuah restoran berhampiran sebuah pasar raya.

Dalam perjalanan dia diekori dua remaja dikenalinya yang mengajaknya ke lorong belakang bangunan yang sunyi. Tiba di satu lokasi, dua remaja itu memaksa mangsa membuka seluar dan merogolnya sesuka hati macam dunia ini mak bapak dia punya.

Mangsa yang tidak berdaya menangis menghubungi ibunya dan menceritakan kejadian yang menimpanya. Ibu mangsa yang mengenali ibu salah seorang suspek kemudian menghubunginya untuk berbincang, tetapi apabila datang, wanita itu mendakwa ibu mangsa sengaja mereka-reka cipta.

Tanpa menunggu penjelasan, dia menghadiahkan penampar ke muka ibu mangsa: Piangggg! Pianngggg! menyebabkan kecederaan bahagian mulut dan bibir. Ibu suspek malah berani mencabar ibu mangsa membuat laporan polis.

Bengang dan malu, ibu mangsa membuat laporan dan sepasukan polis menahan kedua-dua remaja terbabit. Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10