JUMLAH maut akibat banjir di Kelantan meningkat kepada tiga orang, apabila hari ini dua lagi mangsa menjadi korban di negeri itu.
Dalam kejadian pertama, mangsa membabitkan seorang remaja Farid Zulkifli, 17 tahun. Kejadian kedua di Bachok juga meragut nyawa remaja lelaki, Mohd Haikal Sobri, 18.
Kelmarin mangsa pertama akibat banjir, Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, ditemui tersangkut di tali air, tidak jauh di rumahnya selepas bermain dan mandi sambil diperhatikan ibunya di rumah mereka di Rantau Panjang.