nuffnang ads

Monday, January 10, 2011

KESEDIHAN TEMAN WANITA MANGSA GIGITAN ANJING

I dont want to stay here. I want to go home...demikian dalam sebak teman wanita lelaki yang maut kerana digigit dua ekor anjing di ladang organik semalam memberitahu media.
Hiba...Pablonska sedih mengenang kematian teman lelakinya digigit anjing

Wanita Poland berusia 28 tahun itu, Agnieszska Jablonska dipercayai terlalu sedih kerana tidak menyangka teman lelakinya, Suulivan Maurice, 50, warga Ireland pergi meninggalkannya dalam tragedi di luar dugaan di sebuah ladang di Teluk Bahang, jam 10 pagi semalam.

Jablonska yang bertugas di sebuah rumah kebajikan di Ireland, memberitahu Sullivan datang ke Pulau Pinang sebagai sukarelawan alam sekitar.

"Dia mengajak saya datang bersamanya. Sebelum ini kami berada di Grik, Perak dan Pahang sebelum datang ke sini pula," katanya.

Mayat Sullivan diangkat selepas matii diserang dua anjing
Salah seekor yang membunuh itu...nasib baik kau anjing kalau tak kena gantung sampai mati!
Jablonska memberitahu mereka telah saling mengenali sejak 10 tahun lalu walaupun berasal dari dua negara berbeza. "Saya tiba di Malaysia 11 Nov dan akan kembali Februari 11. Kini saya tak mahu berada di sini lagi. Saya mahu segera pulang ke rumah" katanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10