nuffnang ads

Friday, January 28, 2011

PERLAWANAN SUKU AKHIR BADMINTON TERBUKA KOREA HARI INI


MALAYSIA memastikan satu tempat ke peringkat separuh akhir Badminton Terbuka Korea apabila dua beregu negara bertemu sesama sendiri pada peringkat suku akhir hari ini.

Pasangan Kean Kiat/Boon Heong mengalahkan Hong Hei/Sheng Yang semalam dengan 25-23, 11-21 dan 21-19 akan bertemu Mohd Farizizuan/Ong Soon Hock yang mengalahkan Alvent Yulianto/Hendra Gunawan, 21-18, 21-12.

Dalam perlawanan suku akhir lelaki pula, perlawanan menarik pasti di antara Lin Dan dan Taufik Hidayat pada peringkat suku akhir hari ini. Lin Dan semalam mengalahkan pemain Jerman, Marc Zwietler, 21-9, 21-12. Taufik pula mengalahkan Wong Wing Ki dari Hong Kong, 19-21, 21-18, 21-17.

Peter Gade akan bertemu Simon Santoso dari Indonesia. Peter Gade semalam menewaskan P Kashyap dari India, 21-16 dan 21-13. Sementara Simon menumpaskan Rajiv Ouseph, 21-19, 21-15.

Sementara itu, pemain utama Jepun, Kenichi Tago akan menentang pemain China, Du Pengyu. Tago menempah tiket ke suku akhir selepas mengalahkan Cheng Long, 20-22, 23-21 dan 21-16. Pengyu pula menumpaskan rakan senegara, Bao Chun Lai, 21-13, 21-16.

Satu lagi slot suku akhir akan menyaksikan jaguh negara Datuk Lee Chong Wei berdepan Wang Zhengming. Chong Wei mengalahkan Park Sung Hwan 21-14, 21-9 manakala Zhengming mengalahkan Chen Jin, 21-11, 21-14.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10