nuffnang ads

Friday, January 28, 2011

TUJUH MATI, FERI TERBAKAR DI PULAU JAWA


TUJUH penumpang sebuah feri maut apabila feri berkenaan terbakar ketika dalam perjalanan dari Pulau Jawa ke Pulau Sumatera awal pagi Jumaat.

Jurucakap kementerian pengangkutan, J A Barat, berkata kejadian berlaku jam 4 pagi waktu Malaysia tidak jauh dari Pelabuhan Merak di Pulau Jawa. Sebahagian penumpang berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini tidak diketahui jumah sebenar penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri itu.

Perkhidmatan feri adalah pengangkutan utama bagi penduduk yang berulang alik dari Pulau Jawa ke Sumatera yang dipisahkan oleh Selat Sunda.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10