Rakyat Mesir semakin marah apabila internet tidak berfungsi di negara itu.-AFP |
Ternyata tindakan itu membakar lagi kemarahan rakyatnya dan sejak semalam, jalan raya dipenuhi semula dengan penunjuk perasaan.
Ketika Mohamed ElBaradei mulai tiba di Mesir untuk bersama rakyat menjatuhkan Hosni Mubarak, tekanan semakin dirasakan oleh pentadbiran presiden itu.
Polis dikerah bertindak tegas dan ini pasti akan mencetuskan satu pertembungan yang bakal menyaksikan banyak nyawa melayang. Setakat ini empat disahkan terbunuh, termasuk seorang anggota polis sejak kebangkitan rakyat bermula lima hari lalu.