nuffnang ads

Saturday, January 22, 2011

PERGADUHAN DUA KUMPULAN: 3 REMAJA TERBUNUH DITIKAM


KEMATIAN tiga remaja di Jalan Kampung Solok, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka malam tadi awalnya dikatakan akibat terbabit kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati kes itu tersasar, sebaliknya dipercayai kesemua terbunuh akibat pergaduhan membabitkan dua kumpulan.

Ketiga-tiga remaja yang ditemui terbunuh dengan beberapa kesan tikaman dikenali sebagai Tai Chi Yong, 18, Lan Ee Shen, 20, dan Chong Sang Keong, 17.

Ee Shen dan Sang Keong ditemui mati oleh orang ramai di tempat kejadian manakala Chi Yong mati sebaik diberi rawatan di Hospital Terendak.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan kejadian dan memberitahu pada awalnya memang orang ramai memberi maklumat mempercayai ketiga-tiganya terbunuh akibat kemalangan jalan raya.

Menurutnya, polis yang menyiasat di tempat kejadian turut menemui dua motosikal, telefon bimbit dan dompet milik mangsa. Bagaimanapun, sehingga kini tiada senjata digunakan dalam kejadian itu ditemui di situ.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan disaran menyalurkannya kepada polis atau menghubungi ASP Zulkifli di IPD Masjid Tanah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10